Tatkala memperkatakan perkara mengenai orang Melayu dengan penggunaan bedil atau senjata api, maka munasabah rasanya kalau ditinjau dan diambil tahu serba sedikit perihal yang ada kaitannya dengan peristiwa alatan perang orang Melayu dalam peristiwa-peristiwa dari segi sejarah.
Ada beberapa perkara yang boleh dikemukakan sebagai bukti, bahawa orang Melayu telah tahu menggunakan senjata api bukan hanya dari seabad dua sahaja; bahkan jauh lebih lama dari itu, kirakira lima abad dahulu; iaitu sejak dari zaman kesultanan Melayu Melaka. lni ternyata dari sumber-sumber tulisan para sejarawan Portugis yang meriwayatkan kisah tatkala Melaka jatuh ke tangan mereka.
Dalam catatan J.V. Mills, B.A. (Oxon), M.C.S, atas karya Godinho de Eredia, seorang sejarawan Portugis, yang telah diterjemahkan oleh beliau dari bahasa Portugis; beliau telah menyebut perihal bahasa Portugis; dan beliau telah juga menyebut perihal mengenai meriam-meriam yang ada di Melaka pada masa langgaran Portugis itu seperti berikut:
Meriam-meriam: "Menurut Barros, 3,000 pucuk 'meriam besar' telah dijumpai di dalam kota itu; 5,000 pucuk meriam lagi sudah pun dibawa lari. Albuquerque menyatakan, ada 2,000 pucuk meriam dibuat daripada tembaga, dan yang lainnya daripada besi. "Kesemua meriam itu serta alatannya dibuat dengan begitu baik, tidak dapat ditandingi, walaupun di Portugal."
Crawford berkata, bahawa "Tentulah orang-orang lslam di Asia Barat, mungkin sekali orang-orang Arab" yang telah memperkenalkan ilmu bedil itu kepada orang-orang Melayu, kira-kira pada pertengahan abad yang kelima belas.”2
Satu sumber lagi, yang dipetik dari buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza, menyebut demikian:
"Open link in new tab to download"