| Title | : | Babad Surapati/Chronicles Surapati |
| Physical Description | : | 129 Pp. |
| Physical Media | : | Paper |
| Bahasa | : | Java : Java Manuscript |
| File | : |
| Title | : | Babad Besuki (Babad Bandawasa)/Besuki Chronicle (Chronicle Bandawasa) |
| Physical Description | : | 680 Pp. |
| Physical Media | : | Paper |
| Language | : | Languages Java: Java Manuscript |
| Subjects | : | Historical Stories |

| Title | : | Bab Sinjang (Batik) |
| Physical Description | : | 27 Pp. |
| Physical Media | : | European paper |
| Language | : | Languages Java: Java Manuscript |
| Subjects | : | Kain Panjang/fabric length |

| Title | : | Al-Mugni fi 'ilm an-Nahw |
| Physical Description | : | 201 Pp. |
| Physical Media | : | Paper |
| Language | : | Arabic :Arabic Script |
| Subjects | : | Arabic Grammar |

Title: Al-Misbah's fi-Nahwu
Physical Description: 139 pp.
Physical Media: Paper
Language: Arabic: Arabic Script
Subjects: Arabic Grammar
Physical Description: 139 pp.
Physical Media: Paper
Language: Arabic: Arabic Script
Subjects: Arabic Grammar

Rare Books
DALAM milik Dewan Bahasa dan Pustaka terdapat tiga buah naskhah lama tulis tangan Sulalatus Salatin, yang lebih dikenali sekarang dengan nama Sejarah Melayu. Naskhah-
naskhah itu biarlah dinamakan: 1 Naskhah Munshi MoHarumad Ali, cod DBP MSS 86A, yang selepas ini disebut naskah A; 2 Naskhah Hj. Othman Abdullah, cod DBP MSS
86, yang se1epas ini disebut naskhah B; dan 3 naskhah DBP, cod DBP MSS 86B yang selepas ini disebut naskhah C. Sesungguhnya ketiga-tiga naskhah tersebut itulah yang saya
gunakan dalam mengusahakan buku ini.
naskhah itu biarlah dinamakan: 1 Naskhah Munshi MoHarumad Ali, cod DBP MSS 86A, yang selepas ini disebut naskah A; 2 Naskhah Hj. Othman Abdullah, cod DBP MSS
86, yang se1epas ini disebut naskhah B; dan 3 naskhah DBP, cod DBP MSS 86B yang selepas ini disebut naskhah C. Sesungguhnya ketiga-tiga naskhah tersebut itulah yang saya
gunakan dalam mengusahakan buku ini.
"Open link in new tab to download"
Tatkala memperkatakan perkara mengenai orang Melayu dengan penggunaan bedil atau senjata api, maka munasabah rasanya kalau ditinjau dan diambil tahu serba sedikit perihal yang ada kaitannya dengan peristiwa alatan perang orang Melayu dalam peristiwa-peristiwa dari segi sejarah.
Ada beberapa perkara yang boleh dikemukakan sebagai bukti, bahawa orang Melayu telah tahu menggunakan senjata api bukan hanya dari seabad dua sahaja; bahkan jauh lebih lama dari itu, kirakira lima abad dahulu; iaitu sejak dari zaman kesultanan Melayu Melaka. lni ternyata dari sumber-sumber tulisan para sejarawan Portugis yang meriwayatkan kisah tatkala Melaka jatuh ke tangan mereka.
Dalam catatan J.V. Mills, B.A. (Oxon), M.C.S, atas karya Godinho de Eredia, seorang sejarawan Portugis, yang telah diterjemahkan oleh beliau dari bahasa Portugis; beliau telah menyebut perihal bahasa Portugis; dan beliau telah juga menyebut perihal mengenai meriam-meriam yang ada di Melaka pada masa langgaran Portugis itu seperti berikut:
Meriam-meriam: "Menurut Barros, 3,000 pucuk 'meriam besar' telah dijumpai di dalam kota itu; 5,000 pucuk meriam lagi sudah pun dibawa lari. Albuquerque menyatakan, ada 2,000 pucuk meriam dibuat daripada tembaga, dan yang lainnya daripada besi. "Kesemua meriam itu serta alatannya dibuat dengan begitu baik, tidak dapat ditandingi, walaupun di Portugal."
Crawford berkata, bahawa "Tentulah orang-orang lslam di Asia Barat, mungkin sekali orang-orang Arab" yang telah memperkenalkan ilmu bedil itu kepada orang-orang Melayu, kira-kira pada pertengahan abad yang kelima belas.”2
Satu sumber lagi, yang dipetik dari buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza, menyebut demikian:
"Open link in new tab to download"
Wa-bihi nasta'inu billahi ala. Ini pada menyatakan hikayat Inderaputera yang terlalu amat indah-indah keterangannya cinta berahi itu, pada masanya belum jadi johar patut dengan segala arif bijaksana, ialah yang terlalu amat masyhur di tanah manusia dan di tanah jin dan di tanah indera dan cendera dan di tanah mambang dan peri dan pada tanah dewa. Syahadan yang terlalu amat elok rupanya serta dengan sikapnya dan terlalu amat pantas barang kelakuannya.
Syahadan kepada zaman itu seorang pun tiada tandingnya dengan Inderaputera itu lagi dengan arif bijaksananya dan terlalu perkasa serta dengan saktinya. Syahadan beberapa yang tiada dapat dikerjakan oleh orang banyak dapat dikerjakannya. Bermula ialah yang disuruhkan oleh RajaSyahian kepada] Berma sakti dengan dewa Lela Mengerna dan ialah yang (diterbangkan) oleh jin Tamarbuga, dan ialah yang bertemu dengan bukit emas dan bukit permata, dan ialah yang bertemu dengan tasik Bahrul Ajaib, dan ialah yang bertemu dengan tasik BaharuI Asyik, dan ialah yang menjalani jalan yang tiada dijalani orang; demikianlah gagah perkasa Inderaputera, dan ialah yang berjalan dalam gua sebulan lamanya, dan ialah yang membunuh gergasi yang bernama Mamdu; maka beberapa hikmat' Raja. Talela Syah hendak membunuh gergasi itu tiada juga dapat membunuh dia, maka dengan mudahnya juga dibunuhi oleh Inderaputera.
"Open link in new tab to download"
VIEW AND DOWNLOAD










